Viral

Wanita Bawa 3 Anak Dan Ibu Tua Duduk Hotel Bajet Selepas DihaIau Suami

Saya kena haIau tu waktu malam, bayangkan dia umpama tak ada perikemanusiaan.

Demikian luahan seorang wanita yang sebelum itu berkongsi vdeo yang menunjukkan barangan peribadinya berselerakan.

Ia didkwa diletakkan suaminya di luar rumah yang berkunci sehingga mengundang sebak netizen.

Bercakap kepada mStar, Norfaezah Mansor berkata peristiwa hitam itu berlaku pada tahun lepas apabila dia bersama tiga anaknya.

Termasuk seorang bayi serta ibunya yang berusia 70 tahun dihaIau keluar oleh suaminya.

  

 

     

” Dia haIau saya dengan mak umur 70 tahun serta anak saya yang kecil masa tu umur tak sampai setahun.

” Saya rasa sedih sangat terutama sekali bila memikirkan tentang mak, saya rasa sangat terkiIan dan tak akan maafkan dia sampai bila-bila sebab buat mak saya macam tu,”

Norfaezah berkata demikian selepas berkongsi video menunjukkan barang-barang peribadinya diletakkan di luar rumah di aplikasi TikTok.

Menurut Norfaezah selepas diusir, dia terpaksa tinggal di hotel bajet di Kluang, Johor selama seminggu sementara mencari rumah sewa untuk didiami mereka berlima.

” Saya, ibu dan tiga orang anak saya terpaksa tinggal sementara waktu di hotel bajet, RM100 satu malam.

” Kemudian saya jumpa sebuah rumah yang disewa RM500 sebulan di Kluang juga. Saya pilih rumah tu sebab dekat dengan sekolah anak saya,” katanya.

Norfaezah berkata, rumah tangganya mula berantakan apabila suaminya ‘kantoi’ bersama wanita lain sewaktu dia dalam pantang selepas melahirkan ketiga.

Bercerita tentang apa yang dialaminya pada masa itu, Norfaezah yang bertugas sebagai pegawai bank berkata dia pada mulanya cuba memperbaiki serta mempertahankan rumah tangga yang telah dibina selama tujuh tahun.

” Mak memang pada mulanya tak bagi berpisah tapi malam tu saya ceritakan segala-galanya pada dia, masa tu baru dia terima.

” Masa saya dengan suami bergduh besar mak memang sedih sangat sebab dia memang percayakan lelaki tu,” katanya.

Norfaezah bagaimanapun bertindak bijak kerana sebaik mengetahui bahawa suaminya mempunyai hbngan dengan wnita lain.

Dia membeli rumah secara senyap-senyap sebagai persediaan sekiranya rumah tangga yang dibinanya benar-benar tidak dapat diselamatkan.

Ibu Norfaezah dan anak-anaknya di rumah yang mereka sewa.

” Tak lama lepas dia kantoi tu saya tuntut fasakh tapi dia tak nak. Masa dalam tempoh tu kami masih bersama, tak nak berpisah sebab fikirkan keluarga dan anak-anak.

” Tapi senyap-senyap saya ada membuat persediaan beli rumah. Saya bekerja tapi saya tambah pendapatan saya dengan buat bisnes sendiri.

” Cuma masa saya dihaIau rumah tu masih belum siap, dalam lebih kurang enam bulan jugalah saya tinggal di rumah sewa sebelum pindah ke rumah sendiri.

” Suami saya sebelum ni pun memang tak ada bagi saya nafkah satu sen pun, saya survive sendiri dengan anak-anak, ” katanya.

Setelah hampir setahun, dia kini meneruskan kehidupan seperti biasa sebagai ibu tunggal kepada tiga anak yang kian membesar.

‘Saya Takkan Maafkan Dia’ – Wanita Bawa 3 Anak Dan Ibu Tua Duduk Hotel Bajet Selepas DihaIau Suami

Gambar, (kiri) Rumah yang dibeli Norfaezah dan (kanan) iIbu Norfaezah dan anak-anaknya di rumah yang mereka sewa.

Norfaezah berkata sebaik-baiknya, golongan wanita perlu memastikan mereka mempunyai pendapatan mahupun aset sendiri.

” Pesanan untuk wanita, sebahagia mana pun kita cuba pastikan ada aset atas nama sendiri supaya tak dibuang macam sampah.

” Sebagai wanita, kalau suami tak bagi kerja cuba cari jalan untuk ada pendapatan sendiri. Saya cakap sebab dah banyak kes begini berlaku, ” katanya.

Norfaezah tabah membesarkan tiga anaknya selepas berpisah dan dihaIau oleh bekas suami.

Dia yang mula berkecimpung dalam bidang perniagaan turut mengajak ibu tunggal lain untuk sama-sama menjana pendapatan bersamanya.

” Saya memang minat sejak kecil, dulu saya rajin tolong mak saya jual nasi lemak tepi jalan, masa saya kerja dulu pun, lepas kerja saya jual makanan sikit-sikit.

” Saya pernah buka spa dekat rumah dulu dan sejak tahun lepas saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan produk penjagaan kulit, ” katanya.

Zuraina : Slh satu sebab knp aku beli rumah sendiri dulu.. kes begini lah..pastu ketika aku blom ada rumah.

Tiap kali gaduh psal ppuan, aku kena halau.. pnh mnumpang tido rumah kwan slma sminggu.

Tido di masjid 1 malam, tido di rumah biras, 3 kalu kena halau..sblum aku dijadikan kucing kurap, ku beli umah sendiri..

100% kluar modal sdiri..dan segala perkakas.. sakit mmg sakit!! Bjimat cermat hidup..dgn segala bil dibahu sdiri..

Konon sbb rumah nama kita, maka segala bil atas kepala bahu kita.. dgn beban hutang dia atas kepala kita lagi, maka aku usaha cari duit lebih utk cukupkan kperluan..

Dan aku x pedulikan apa2 lagi..saat bermula kekerasan hati..alhamdulillah, akhirnya.

Aku nekad bawa diri wlu aku hilang segala tuntutan..biarlah, asalkan hati aku bahagia….

Sumber: asiakini/citermaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.