Viral

Polis buru individu rentas daerah guna jalan sawah.

SABAK BERNAM: Walaupun laluan ditutup, namun masih terdapat segelintir individu yang berdegil dengan cuba menggunakan laluan sawah. Kejadian itu dikesan berlaku di Jalan Bendang, Parit 4, Sekinchan di sini yang tular dalam laman sosial Facebook berhubung tindakan mereka.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintenden Agus Salim Mohd. Alias berkata, susulan tindakan individu terbabit, pihaknya kini sedang giat mengesan penunggang motosikal terbabit.

Pihaknya telah mengarahkan laluan tersebut yang merupakan antara jalan tikus ditutup bagi mengelakkan ia digunakan orang awam bagi memasuki daerah ini..

“Kita akan menambah halangan bagi mengelakkan kejadian sama berulang. Malah buat masa ini, kita sedang mengenal pasti individu-individu tersebut yang cuba merentas daerah di sekitar Sekinchan.

“Saya ingin tegaskan ini bukan melibatkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan di Taman Pertama, Taman Serendah dan Taman Prima,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, tular beberapa keping gambar menunjukkan aksi beberapa individu menunggang motosikal merentas daerah dengan melalui kawasan sawah bagi melintasi halangan yang dibuat pihak polis.

Tindakan tersebut mendapat kecaman netizen apabila perbuatan itu boleh menyebabkan peningkatan kes Covid-19 dan minta mereka tidak menyalahkan pihak berkuasa sekiranya tindakan dikenakan nanti. .

sumber:hlazdrop.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *