Viral

‘Abang long Amanah Arw4h Umi..’

Kota Bharu: Seorang adik berk0rban menggalas tanggungjawab menjaga abang sulungnya yang juga orang kvrang vpaya (OKU) ketidakvpayaan fizikal.

Jika kebanyakan rakan sebaya sibuk mel4yari jiwa muda, namun bagi Mohammad Zuasraf Zulkifli, 25, pesanan arw4h ibunya akan diingati sampai bila-bila.

Arw4h sentiasa berpesan supaya menjaga abangnya, Mohd Khairul Anuar, 33, sebaik mungkin dan jangan sesekali mengabalkannya kerana itu adalah amanah yang perlu dijaga selepas ibu m3ninggal dvnia.

Katanya, abangnya, Mohd Khairul Anuar yang lebih mesra dipanggil Abang Long tidak susah untuk dijaga kecuali dia akan merengek atau berasa janggal apabila pertama kali berjumpa dengan orang yang tidak dikenalinya.

“Selepas arw4h ibu, Rohati Awang menlnggal dvnia sejak enam tahun lalu akibat pnyakit tales3mia, adik, Muhammad Adli Zulkifli, 23, mengambil alih menjaga Abang Long selama tiga tahun sebelum dia menyertai latihan ket3nteraan pada 2018.

“Sejak itu, saya mengambil keputusan untuk berhenti bekerja di sebuah kilang membuat batu bata kerana mahu memberikan sepenuh perhatian kepada Abang Long.

“Meskipun ada adik-beradik yang lain, ada antara mereka yang sudah berkahwin dan masing-masing mempunyai tanggungjawab kepada keluarga. Pada masa sama, kami tidak mahu membebankan ayah, Zulkifli Ismail, 60, jadi biarlah saya yang berkorban menjaga Abang Long seperti yang diamanahkan arwah umi.

“Rutin harian saya adalah menyuapkan makan, memberi minum dan memandikan Abang Long selain membawanya bersiar-siar di luar rumah untuk mengambil angin,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Mokan, Peringat, di sini, semalam.

Terdahulu, Pengarah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kelantan, Mahadi Awang menyantuni keluarga berkenaan dan menghulurkan wang tunai sumbangan daripada CIMB Islamic Bank serta barangan keperluan asas dalam Program YADIM Peduli Bantuan Ramadan / Aidilfitri.

Anak kelima daripada enam beradik ini berkata, ketika abangnya berusia setahun dua bulan dia mengalami demam panas dan keadaan itu menyebabkan dia hanya terlantar di atas tilam dan lebih menyedihkan lagi, abangnya juga tidak boleh bercakap.

“Dalam masa sama, kedua-dua kaki dan tangan Abang Long juga membengkok dan mengeras kerana setiap kali diserang sawan dia akan mengalami kekejangan otot.

“Kadang kala ada juga terfikir, andainya saya berkahwin, adakah pasangan saya nanti sudah bersedia untuk bersama-sama mengurus serta menjaga Abang Long,” katanya.

Mohammad Zuasraf berkata, bagi meneruskan kelangsungan hidup, ayahnya mengambil upah menebang pokok dengan pendapatan tidak menentu dan pada masa sama adik-beradik yang lain ada juga membantu namun sekadar termampu.

“Mujurlah Abang Long mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM350 sebulan yang sedikit sebanyak dapat meringankan b3ban ditanggung selain boleh membeli keperluannya termasuk lampin pakai bvang dan juga susu,” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh hubungi Mohammad Zuasraf di talian 013-5993976.

Sumber:mymetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.