Viral

Gadis ubah suai helmet untuk bagi signal, “Kalau sampai mcm tu geleng dia…”

Menunggang motosikal pun sudah cukup memberikan risiko kepada penunggang, apatah lagi jika ada komponen motor yang rosak ketika di jalan raya. Tambahan pula pada waktu malam, tentunya situasi itu dapat menjurus kepada kemalangan.

Seorang wanita dari TikTok ini walau bagaimanapun telah berkongsikan satu jalan penyelesaian jika lampu isyarat motosikal tidak berfungsi, salah satu masalah yang sering dihadapi penunggang.

Biasanya jika motosikal tidak mempunyai lampu signal penunggang boleh menggunakan tangan mereka bagi menandakan kepada pengguna jalan raya yang lain bahawa mereka ingin mengubah laluan.

Tetapi cari itu mungkin dapat menjejaskan keseimbangan bagi segelintir penunggang, jadi wanita yang pakar dalam hal elektronik ini mengemukakan satu lagi kaedah yang ‘mudah’.

Dalam video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter Afzanvalley, wanita tersebut menggunakan helmet untuk melakukan ubahsuai agar ia dapat digunakan bagi menandakan penunggang ingin bertukar laluan jika lampu isyarat motosikal mereka tidak dapat digunakan.

Ubahsuai yang dilakukan adalah dengan meletakkan alat micro bit pada belakang helmet berkenaan yang mana komputer kecil itu dapat menyalakan lampu LED yang menunjuk anak panah ke kiri dan ke kanan mengikut arah kepala digerakkan.

Walau bagaimanapun, dalam demonstrasinya, penonton merasakan lampu pada helmet itu terlampau kecil sementara keperluan untuk menggerakkan kepala juga agak melecehkan. Dalam pada masa yang sama ramai yang tetap memuji idea wanita tersebut.

“baik guna tangan jelah…”

“sanggup baiki lampu signal…”

“kalau sampai mcm tu geleng dia…”

 

Sumber:HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen, klik like dan share serta f0llow page kami untuk cerita menarik, viral dan semasa di hujung jari anda.

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.